“Ada kedai yang beritahu power saya dah naik. Padahal saya baru buat cermin mata ni 2-3 bulan lepas.”
“Oh.. boleh saya tahu kedai tersebut beritahu tersebut selepas periksa dengan menggunakan ujian komputer ke?” soal saya.
“Ya, betul.”
“Ujian power dengan menggunakan komputer semata tidak boleh dijadikan kayu ukur dalam menentukan kadar power seseorang. Ianya adalah ujian anggaran semata, Tuan.”
“Oh.. gitu.. Itulah, saya pun rasa cermin mata saya ni masih jelas dan nampak terang.”
………………………………………………………
Ujian komputer tidak boleh dijadikan penanda aras untuk menentapkan kadar ‘power’ rabun seseorang itu. Sebaliknya ianya adalah sekadar alat anggaran dan ujian saringan semata.
.
Selain itu, melalui ujian komputer kita tidak dapat menilai tahap penglihatan sebenar samada ianya berada pada tahap yang baik atau tidak.
.
Optometris hanya akan mempreskripsi cermin mata pada anda selepas melalui ujian di dalam bilik ‘gelap’ dan khas. Kerana pelanggan tidak akan dapat merasai pengalaman dan perasaan (memakai cermin mata) melalui ‘power’ yang dinyatakan pada kertas ujian komputer semata.
.
Terdapat juga mereka yang apabila diperiksa melalui ujian komputer, keputusan yang dinyatakan adalah rendah atau tiada rabun langsung. Namun, mereka mengadu berkenaan penglihatan. Ini yang dinamakan sebagai “rabun tersembunyi.”
.
Hanya dengan melalui beberapa ujian khas yang dilakukan oleh Optometris, mampu untuk mengesan isu rabun tersembunyi ini.
.
Sebaliknya ujian komputer ini kebiasaannya kita lakukan untuk memberitahu pada pelanggan akan anggaran kasar ‘power’ rabun seseorang itu.
.
Tidak dinafikan teknologi banyak manfaatnya, namun sehebat mana pun teknologi tersebut ianya masih memerlukan kepakaran dari sumber tenaga manusia mengendalikannya. 🙂
.
.
.
.
Syafiq Raif
Optometris
Astana Optometri
Paka Terengganu
09-827 0868