Beberapa FAKTA yang anda perlu tahu tentang RABUN DEKAT. 

Beberapa FAKTA yang anda perlu tahu tentang RABUN DEKAT. 

1. Rabun dekat bukanlah satu penyakit.

2. Ia adalah keadaan di mana otot dalam mata kita tidak lagi dapat bekerja untuk beri kita nampak jelas pada jarak dekat.  

3. Otot dalam mata kita akan berfungsi untuk ubah ketebalan ‘kanta kristalin’ ikut pada jarak yang mahu kita lihat. 

4. Lebih dekat jarak kita nak lihat, lebih tebal kabta kristalin akan menebal. 

5. Bila otot dalam mata tidak lagi secergas dahulu, ia jadi penyebab kanta tak dapat berubah mengikut ketebalan yang sepatutnya. 

6. Power cermin mata perlu diberi agar mereka dapat lihat dengan jelas dan terang semula. 

7. Usia meningkat, otot makin kurang keupayaannya… maka lebih tinggilah bacaan powernya.

8. Biasanya orang yang dah pakai cermin mata (untuk rabun jauh) akan cenderung untuk buka cermin mata bila membaca. 

Itu bukan makna anda tiada rabun dekat, tetapi faktor otot mata tidak secergas dahulu menyebabkan mereka lebih selesa buka cernin mata. 

Tetapi AWAS!

Akan ada simptom yang lain bakal mereka hadapi untuk jangka masa panjang seperti : 

++  mudah mengantuk 

++ sakit bola mata bila baca lama

++ silau malam 

++ mudah mengadu sakit kepala

Cadangan terbaik untuk anda yang sudah ada rabun dekat adalah kanta MULTIFOKAL. 

Ingin tahu tentang kanta muktifokal yang sesuai untuk anda?

Akan saya kongsikan dalam post berikutnya. 

Syafiq Raif

Optometris

Astana Optometri

Paka Terengganu.

Share the Post: