Vision Stress: SAKIT KEPALA DAN MATA PENAT Akibat Skrin? Ini Cara Atasinya

VISION STRESS : SAKIT KEPALA DAN MATA PENAT AKIBAT SKRIN ? INI CARA ATASINYA .

“Pernah tak korang alami sakit kepala, mata kerap berdenyut dan rasa senak bola mata selepas berjam-jam menatap skrin komputer dan baca buku?”

Jika ya, anda mungkin alami problem Vision Stress.

Vision Stress merujuk kepada keadaan di mana mata anda mengalami ketegangan akibat beban kerja visual dan jarak dekat yang berlebihan. Ini boleh berlaku apabila anda menghabiskan masa yang lama memandang skrin komputer, membaca dengan pencahayaan yang kurang sesuai atau melakukan aktiviti yang memerlukan fokus untensif untuk jangka masa yang panjang.

Sakit kepala yang disebabkan oleh Vision Stress biasanya berpunca daripadsa usaha mata yang berlebihan untuk fokus dan menyelaraskan penglihatan dalam keadaan yang mencabar. Otot-otot mata mula tegang dan boleh menyebabkan rasa ketegangan yang boleh merebak ke otot-otot sekitar mata, dahi dan kepala, dan akhirnya mencetuskan rasa sakit kepala.

Banyak kajian menunjukkan bahawa beban kerja digital dan visual yang tinggi akan meningkatkan risiko sakit kepala. Kajian mengatakan bahawa individu yang alami Vision Stress cenderung untuk alami sakit kepala berdenyut dan ketegangan (tension) seakan migrain. Selain itu, penggunaan skrin digital untuk tempoh yang panjang boleh menganggu keupayaan mata untuk kebolehan memfokus seterusnya meningkatkan risiko sakit kepala.


Gejala Vision Stress

Selain sakit kepala, Vision Stress juga boleh menyebabkan gejala lain seperti penglihatan kabur, mata kering atau berair, mata letih dan sukar untuk fokus. Jika anda alami gejala-gejala ini, adalah penting untuk ambil tindakan segera.


Rawatan Vision Stress

  • Pemeriksaan Mata Lengkap dan Menyeluruh
    Penting untuk buat pemeriksaan mata menyeluruh dan lengkap untuk menilai tahap rabun dan fungsi mata dalam keadaan visual yang berbeza.
  • Preskripsi cermin mata yang tepat
    Ada sesetengah kes berlakunya Vision Stress kerana berpunca dari masalah power rabun yang tidak dirawat. Memakai cermin mata yang betul boleh bantu kurangkan beban pada sistem penglihatan dan cegah masalah Vision Stress.
  • Visual Training
    Visual Training atau latihan visual bertujuan untuk meningkatkan keupayaan mata untuk fokus, menumpu, menyelaras dan bergerak dengan lebih efisien, bantu kurangkan rasa stress mata dan sakit kepala yang berkaitan.
  • Sesuaikan Persekitaran Kerja
    Pastikan skrin berada pada jarak yang sesuai (antara 40-60cm dari mata), sesuaikan brightness skrin serta gunakan pencahayaan yang mencukupi untuk kurangkan risiko Vision Stress.
  • Ambil masa untuk rehat dengan kerap
    Amalkan tips 20-20-20, iaitu setiap lepas 20 minit kerja dekat, ambil masa 20 saat untuk lihat objek jauh yang berjarak 20 kaki dari anda. Ini boleh bantu mata untuk rehat dan cegah keletihan mata.
  • Gunakan ubat titik air mata palsu
    Untuk anda yang alami masalah mata kering, ubat titik seprti air mata palsu boleh bantu lembapkan mata dan kurangkan rasa tidak selesa depan skrin

Vision stress adalah masalah yang semakin biasa dalam dunia masa kini yang bergantung kepada teknologi. Namun, ia boleh diuruskan dan dirawat dengan cara yang betul. Jangan biarkan sakit kepala dan Vision Stress menganggu kehidupan anda. Segera berjumpa dengan pakar optometri untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sesuai.

Mata yang sihat adalah kunci kepada kehidupan yang lebih selesa dan kerja yang produktif.

Share the Post: